KUALA LUMPUR: Usaha mencari pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) diperhebatkan dengan penyertaan baru aset ketenteraan milik Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless, yang mampu beroperasi dalam semua situasi di selatan Lautan Hindi.
Kapal selam berkuasa nuklear Kelas Trafalgar dengan keupayaan menyelam lebih 600 meter itu dilengkapi sistem sonar yang mampu mengesan isyarat yang dikeluarkan kotak hitam jika di dasar lautan.