Kapal tangki Malaysia diserang lanun

SEBUAH kapal tangki Malaysia telah diserang lanun dengan muatan kapal dicuri, kata para pegawai tentera laut Malaysia.

Ini merupakan kes terbaru dalam siri rampasan kapal yang boleh meningkatkan ketegangan di laluan perkapalan paling sibuk di Asia Tenggara.

Para lanun mencuri 2,500 tan metrik minyak dan merosakkan peralatan pelayaran kapal MT Oriental Glory lewat semalam.

Kapal tersebut sedang dalam perjalanan dari Singapura ke sebuah pelabuhan di timur Sabah bila ia diserang.

Namun kesemua 15 anak kapal terselamat, kata seorang pegawai Pusat Laporan Kegiatan Lanun (PRC) kepada agensi berita Reuters.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya mendapatkan semula kapal tersebut pada petang hari ini.

Kejadian tersebut adalah yang terbaru dalam siri serangan lanun terhadap kapal tangki minyak yang di sepanjang Selat Melaka dan Laut Cina Selatan, dengan sekurang-kurangnya tujuh kes dicatatkan sejak April lalu.

Sehingga kini, tidak seorang pun daripada lanun-lanun ditangkap.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.