Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapten feri Korea yang tenggelam dipenjara 36 tahun

Nov 11, 2014 | 06:03 PM



SEBUAH mahkamah Korea Selatan telah menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun ke atas kapten feri Sewol yang tenggelam April lalu, tetapi membebaskan beliau daripada tuduhan membunuh 304 orang yang mati dalam bencana tersebut.


Hakim memutuskan pihak pendakwa, yang menuntut hukuman mati terhadap Kapten Lee Jun Seok, gagal membuktikan tuduhan "pembunuhan akibat kecuaian yang disengajakan" itu.


Tetapi mahkamah mendapati Encik Lee, 69 tahun, bersalah kerana lalai semasa bertugas, termasuk keputusan beliau untuk meninggalkan feri manakala ratusan penumpang, yang kebanyakannya murid sekolah, terperangkap di dalamnya.


Tiga lagi anak kapal yang juga menghadapi tuduhan membunuh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun.


Seramai 250 daripada 304 yang telah disahkan mati atau masih dalam senarai yang hilang merupakan murid sekolah.


Mayat terakhir telah dijumpai pada 28 Oktober lalu, kira-kira 100 hari selepas mayat terakhir ditarik dari kapal.


Korea Selatan telah menghentikan pencarian untuk sembilan penumpang yang masih hilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >