Karpal didapati bersalah kerana menghasut

KUALA LUMPUR: Ahli politik pembangkang veteran, yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Karpal Singh, hari ini, didapati bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman dan mitigasi pada 7 Mac ini.

Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang menghadapi tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara jam 12 dan 12.30 tengah hari, pada 6 Februari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan.

Turut hadir di dalam bilik mahkamah yang penuh sesak itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - BHM, The Malaysian Insider

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.