Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kartunis Lat stabil selepas hadapi masalah jantung

Jan 15, 2017 | 05:30 AM



IPOH: Kartunis terkemuka Malaysia, Datuk Lat, atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid, 65 tahun, dilaporkan stabil dan mampu melakukan kegiatan harian termasuk berjalan, selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta di sini sejak awal pagi kelmarin akibat masalah jantung.



Isterinya, Datin Faezah Ahmad Zanzali, berkata ketika ini, doktor yang merawat meminta suaminya banyak berehat dan masih belum boleh menerima lawatan tetamu, kecuali anggota keluarga terdekat, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Beliau boleh bercakap dan melakukan banyak perkara, cuma saya hendak betulkan maklumat, beliau tak dimasukkan ke ICU (unit jagaan rapi), tetapi hanya ditumpangkan sementara di ICU ketika hendak menjalani pemeriksaan.



"Beliau tidak pernah ditempatkan di ICU dan ketika ini beliau sedang menjalani beberapa ujian dan berehat," kata Datin Faezah, ketika ditemui di pusat rawatan berkenaan semalam.



Anak sulung mereka, Cik Junaidah Mohd Nor, 33 tahun, berkata walaupun keadaan bapanya stabil, beliau masih lemah dan memerlukan rehat secukupnya, selain hanya saudara terdekat sahaja yang dibenarkan melawat buat masa ini.



"Ayah juga akan menjalani beberapa ujian bermula hari ini yang keputusannya dijangka diketahui Isnin ini. Namun, sekarang keadaan jantungnya agak lemah hingga tidak memungkinkan beliau diganggu," katanya.



Adik Lat, Encik Mamat Khalid, yang ditukil The Star, pula berkata abangnya sebelum ini menjalani pemeriksaan di Hospital Pantai selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar pada Khamis lalu. Namun, beliau pergi ke hospital semula kelmarin kerana rasa kurang sihat.



Lat, yang terkenal dengan buku kartunnya The Kampung Boy, baru-baru ini telah melancarkan biografi bertajuk Lat: My Life and Cartoons.



Buku tersebut turut dilancarkan Books Kinokuniya di Ngee Ann City awal bulan lalu. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >