KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan meminggirkan masyarakat India, sebaliknya akan sentiasa berusaha memastikan kaum minoriti itu terus maju dan menikmati kemajuan negara ini.
Pada masa yang sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa bahasa serta kebudayaan kaum itu akan dilindungi dan ini terbukti menerusi bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).