Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawalan keselamatan dipertingkat di M'sia, Indo

Dec 23, 2016 | 11:28 AM



DUA negara jiran, Malaysia dan Indonesia, telah mempertingkatkan kawalan keselamatan sepanjang musim perayaan ini - dengan anggota polis dan tentera melakukan rondaan dan kawalan di gedung membeli-belah, kelab malam dan hotel - selepas pihak berkuasa Indonesia mematahkan rancangan ganas sempena Hari Natal yang bakal menjelang.



Indonesia mengerahkan 155,000 anggota polis demi memastikan keselamatan negara itu sepanjang musim cuti umum meraikan Krismas dan Tahun Baru, lapor agensi berita, Agence France-Presse.



Kedua-dua negara memandang serius terhadap ancaman pengganasan.



Di Malaysia, gedung membeli-belah yang besar telah mengerahkan pasukan keselamatannya sendiri, melebihi 100 orang setiap satu, untuk melengkapi kehadiran pasukan polis tambahan yang bertugas, lapor akhbar The Star.



"Ada diantara pusat-pusat membeli-belah meletakkan notis mengingatkan pengunjung tentang langkah-langkah yang harus diambil mereka jika ternampak seseorang yang mencurigakan atau sesuatu perkara yang mencurigakan," kata penasihat Persatuan Gedung Membeli-Belah Malaysia, Encik H.C. Chan, kepada akhbar The Star.



Penggunaan kamera litar tertutup sebagai memantau keadaan sesak turut dipertingkatkan.



Namun begitu, gedung membeli-belah di Malaysia tidak memanfaatkan alat imbasan dan pengimbas besi di pintu masuk, satu ciri biada di Thailand dan Indonesia.



Polis Malaysia pada Selasa lalu berkata, mereka telah memberkas tujuh orang antara 3 November dan 16 Disember kerana disyaki punya kaitan dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Mereka yang diberkas turut merancang melakukan serangan di Malaysia dan luar negara.



Awal bulan ini, pihak berkuasa Malaysia telah mendedahkan bahawa mereka telah mematahkan 15 percubaan serangan berkaitan ISIS di negara itu.



Sejauh ini, serangan berjaya yang dilakukan kumpulan pengganas itu di Malaysia adalah serangan bom tangan pada Jun lalu di sebuah bar di Puchong, di pinggir Kuala Lumpur yang mengakibatkan lapan orang cedera.



Di Indonesia, ketua polis nasional Tito Karnavian berkata, keselamatan akan ditingkatkan di gereja, pusat hiburan dan kawasan himpunan awam semasa sambutan Hari Natal dan Tahun baru.



Rabu lalu, polis republik itu menemui sejumlah bom di pinggir Jakarta dan menembak mati tiga suspek militan demi mematahkan serangan bom nekad.



"Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan selepas serbuan-serbuan ini," kata jurucakap polis nasional Martinus Sitompul.



Usaha risikan dan pemantauan media sosial juga telah ditingkatkan.



Sedang Indonesia terus mengerahkan anggota keselamatan untuk sambutan hujung tahun, minggu ini acara perayaan diberi tumpuan khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >