Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keadaan kembali tenang di Low Yat Plaza KL tapi beberapa kedai masih tutup

Jul 13, 2015 | 04:38 PM



KUALA LUMPUR - Keadaan di Low Yat Plaza di Kuala Lumpur kembali tenang, tetapi beberapa peruncit telah menutup kedai mereka meskipun pengurusan pusat membeli-belah itu meminta agar mereka membuka perniagaan mereka seperti biasa.


Lima orang termasuk dua jurugambar dan seorang wartawan cedera manakala tiga orang ditangkap selepas sekumpulan perusuh menyerang pusat beli-belah itu tengah malam tadi.


Terletak di kawasan Bukit Bintang dan terkenal dengan penjualan alat-alat digital, pusat tersebut dibuka sekitar 10 pagi tadi, dengan kebanyakan restoran, kedai IT dan peruncit telefon bimbit dilihat mengatur barangan dan membuka kaunter mereka.


Namun, beberapa kedai masih tutup kerana "risiko keselamatan", tetapi apabila ditanya mengenainya beberapa pekerja enggan memberi butir lanjut.


Rusuhan tersebut tercetus ekoran satu insiden kelmarin apabila seorang belia yang ditangkap kerana mencuri kembali dengan sekumpulan orang sebelum satu pergaduhan berlaku antara kumpulan tersebut dengan para pekerja penjualan.


Insiden itu berlaku di kaunter menjual telefon bijak ditingkat satu pusat beli-belah itu.


Para penunjuk perasaan kemudian berkumpul di luar Low Yat Plaza malam semalam tetapi polis berjaya mengawal keadaan.


Namun, keadaan menjadi huru hara selepas tengah malam selepas sekumpulan perusuh itu menyerang plaza berkenaan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >