Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran di Australia: Morrison umum pampasan bagi bomba sukarela

Dec 30, 2019 | 05:30 AM



MELBOURNE: Kerajaan Australia mengumumkan semalam bahawa ia akan membayar pampasan kepada para pemadam kebakaran sukarelawan di negeri New South Wales (NSW) sedang musim kebakaran hutan semakin teruk.



Perdana Menteri Scott Morrison berkata bayaran sehingga A$6,000 ($5,660) akan ditawarkan bagi pemadam kebarakan layak yang menghabiskan masa lebih daripada 10 hari sepanjang musim kebakaran ini.



"Saya tahu pemadam kebakaran sukarelawan kita di NSW menghadapi kesukaran di kawasan pedalaman," kata Encik Morrison dalam satu kenyataan.



Pemimpin konservatif itu telah menyatakan sebelum ini bahawa pampasan bagi sukarelawan bukan satu keutamaan tetapi beliau telah berdepan dengan tekanan politik semakin meningkat sedang kebakaran terus merebak.



Pada Selasa lalu, beliau mengumumkan pekerja kerajaan boleh menerima cuti berbayar tambahan jika menjadi sukarela.



Meski ada pelbagai peraturan berbeza rentas negeri di Australia, para sukarelawan seringkali membuat perundingan secara langsung daripada majikan mereka untuk diberi masa melakukan kerja sukarela.



Pada 20 Disember lalu, pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa dua anggota bomba sukarela telah terbunuh ketika bertugas.



Perkembangan itu sekali gus memaksa Encik Morrison memendekkan percutian beliau di Hawaii.



Kebakaran hutan telah meranapkan lebih 4 juta hektar di lima negeri sejak September lalu dan menyebabkan sembilan kematian yang mempunyai kaitan dengan kebakaran.



Cuaca yang lebih dingin di banyak kawasan semasa minggu Krismas telah membantu mengurangi beberapa kebakaran tetapi risiko kebakaran berlaku semakin meningkat di beberapa negeri, dalam hari-hari terakhir 2019.



Suhu di kawasan barat Sydney dijangka mencapai 41 darjah Celsius sebelum mencecah kemuncak 44 darjah Celsius esok.



Dilaporkan 85 kebakaran masih berlaku di serata New South Wales, dengan hampir separuh daripadanya tidak dapat dikawal.



Semalam, penganjur festival muzik besar di Victoria membatalkan acara itu ekoran keadaan cuaca teruk yang dijangka hari ini.



"Selepas berunding dengan pihak berkuasa kebakaran tempatan dan rantau serta angggota berkepentingan kecemasan yang lain, adalah jelas kami tidak mempunyai pilihan lain," tulis penganjur di Facebook.



Acara itu sepatutnya berlangsung sehingga sehari sebelum Tahun Baru dan sekitar 9,000 orang telahpun berkhemah di tapak itu apabila pengumuman dibuat.



Sementara itu, satu petisyen untuk membatalkan pertunjukan bunga api popular sehari sebelum Tahun Baru dan sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk memadam kebakaran hutan telah mencecah 260,000 tandatangan.



Meskipun demikian, pegawai berkata pertunjukan itu tetap akan diteruskan.



Sydney membelanjakan A$6.5 million bagi pertunjukan bunga api tahun ini.



Menurut petisyen di laman dalam talian Change.org, adalah lebih baik jika dana itu digunakan untuk menyokong pemadam kebakaran sukarelawan dan petani yang terjejas ekoran kemarau buruk. - Reuters, AP, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >