Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran di Sumatra, Kalimantan buat Megawati 'bingung'

Lebih setengah juta warga di dua daerah itu hadapi masalah pernafasan
Oct 27, 2015 | 01:13 PM



JAKARTA: Mantan Presiden Indonesia, Cik Megawati Soekarnoputri, menyuarakan rasa 'bingung' beliau perihal kebakaran hutan dan lahan yang kini berlaku di Sumatra dan Kalimantan.


Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-Perjuangan) itu bagaimanapun mendorong masyarakat agar ikut membantu pemadaman kebakaran hutan dan lahan di kedua-dua kawasan tersebut.


Menurut Cik Megawati, kebakaran hutan yang terjadi sudah sangat memprihatinkan dan perlu usaha bersama untuk menanganinya.


Presiden kelima Indonesia itu menyatakan, pemerintah perlu mendapat dukungan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah kebakaran hutan dan lahan.


Atas dasar itu, beliau mengajak semua pihak untuk bergotong-royong untuk menanganinya.


Ini katanya, bersesuaian dengan intisari dari ideologi Pancasila.


"Kebakaran, saya bingung, kok yang ribut pemerintah saja. Ke mana rakyat-rakyatku?," soal CikMegawati semasa menjadi pembicara utama di seminar dan bedah buku 'Revolusi Pancasila' di Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.


Cik Megawati berkata, kebakaran hutan terjadi kerana pihak yang diberi tanggungjawab, tidak bijak dalam mengelola dan menggunakan lahan, yakni sumber daya alam.


Selain itu, pemanfaatan hutan juga tidak diikuti dengan upaya pemeliharaan yang baik.


"Dulu diberi (izin) membuka, sekarang mabuk. Kalau katanya (kebakaran) bikin sengsara rakyat, kenapa rakyat tidak berusaha memadamkan," aju Cik Megawati.


Akhbar, Harian Kompas mencatatkan bahawa hutan dan lahan yang terbakar adalah seluasa 1.7 juta hektar.


Lebih daripada 43 juta warga terpapar dan 504,000 warga terkena jangkitan saluran nafas.


Tidak hanya itu, terdapat 12 warga meninggal dan kerugian harta benda ditaksirkan sekitar Rp 20 triliun ($2 trilion). - Kompas.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >