Kebakaran hutan: Sumatra isytihar Perintah Darurat

JAKARTA: Pemerintah Sumatra telah mengeluarkan perintah darurat di Riau akibat kebakaran hutan dan ladang di wilayah itu.

Laman berita Detik News menyatakan anggota tentera dan polis secara bersama-sama dengan anggota masyarakat cuba melakukan pemadaman di Desa Penyengat Kecamatan Sei Apit, Siak, Riau.

Dianggarkan kebakaran mencapai keluasan 50 hektar.

"Kebakaran sudah lebih lima hari lalu," kata seorang pegawai bertugas, Pelda Sutikno, yang ditukil detik.com

Kebakaran meluas telah menyebabkan jerebu di Asia Tenggara setiap tahun telah merebak hingga sukar dikawal sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar. - detiknews

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.