Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan, tanah mula lagi di Riau sedang musim kering kembali

Jan 12, 2017 | 01:00 PM



RIAU: Kebakaran hutan dan tanah mula mengancam Riau lagi, dengan lebih banyak titik panas dikesan di seluruh wilayah itu.



Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Pekanbaru, Encik Sugarin, berkata titik panas mula dikesan oleh satelit Terra dan Aqua pada petang Ahad (9 Jan).



"Pada masa itu, enam titik panas dikesan. Pada esoknya, jumlahnya meningkat kepada tujuh, dengan tompok panas terdapat di Siak, Pelalawan dan Singingi Kuantan," kata Sugarin pada Rabu (11 Jan).



Beliau berkata lebih banyak titil panas dikesan di Rokan Hulu (tiga), Rokan Hilir (tiga), Siak (dua) dan satu lagi di Pulau Meranti.



"Empat daripada titik panas itu ditunjukkan sebagai titik panas berkaitan kebakaran dengan tahap kebolehpercayaan lebih 70 peratus," ujarnya, sambil menambah titip panas juga dikesan di wilayah lain di Sumatera, termasuk Jambi, Sumatera Barat dan Sumatera Utara.



Encik Sugarin berkata kemunculan semula titik panas mungkin disebabkan suhu tinggi, yang mencecah 34.5 darjah Celcius, dan amalan tebang dan bakar yang berleluasa.



Menurut beliau, Riau akan masuk musim kemarau pada Februari, yang dijangka berlaku hingga Mac.



"Keadaan ini menjadikan kawasan hutan dan tanah terdedah kepada kebakaran," katanya.



Menurut Sugarin, satu mesyuarat antara agensi akan diadakan pada Jumaat bagi susulan ke atas perkembangan kebakaran hutan dan tanah, serta fenomena atmosfera semasa.



Ketua Agensi Alam Sekitar dan Perhutanan Riau, Cik Yulwiriati Moesa, mengesahkan kemunculan semula kebakaran hutan dan tanah di Riau, dan berkata sejak Ahad lalu, lebih 100 hektar tanah di kawasan hutan simpan Bukit Betabuh di daerah Pucuk Rantau, Kabupaten Kuantan Singingi, terbakar dan belum dipadam sepenuhnya.



Beliau berkata beberapa bahagian kawasan terjejas tidak boleh diakses dengan mudah melalui jalan darat.



Menurutnya, keadaan itu telah dilaporkan kepada Riau Gabenor dengan harapan ia dikemukakan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan bagi tindakan lanjut.



Cik Yulwiriati berkata pengeboman air seolah-olah diperlukan untuk memadamkan api.



"Mudah-mudahan, pemerintah pusat akan menghantar helikopter ke Riau tidak lama lagi. Jika tidak, api akan merebak," katanya.



Secara berasingan, komander Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin Pekanbaru, Marshal Pertama Henri Alfiandi, berkata pasukannya akan mengkaji isu itu dan menyelaras dengan Polis Riau mengenai tindakan lanjut untuk menangani masalah tersebut. - Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >