Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran kilat dalam pesawat MH370 sebelum terhempas?

Sep 13, 2016 | 07:48 AM



CANBERRA: Seorang penyiasat amatur Amerika Syarikat telah menyerahkan serpihan yang mungkin dari pesawat MH370 kepada pegawai Australia pada Isnin (12 Sep), dan berkata beberapa kepingan hitam dek api, meningkatkan kemungkinan berlaku kebakaran kilat di atas pesawat itu.



Misteri menyelubungi nasib pesawat Malaysia Airlines MH370 itu sejak ia hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.



Pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas di Lautan Hindi selepas tersasar dari laluannya tanpa diketahui sebabnya, tetapi hingga kini bangkainya tidak ditemui walaupun carian meluas dilakukan di luar pantai barat jauh Australia.



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menyelaraskan carian tersebut, berkata Encik Blaine Gibson menyerahkan serpihan yang tidak dinyatakan itu pada Isnin.



"Kami sedang mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bagaimana mereka ingin meneruskan perkara ini," kata seorang jurucakap ATSB.



Encik Gibson memberitahu pemberita tempatan serpihan yang terdampar di Madagascar itu termasuk apa yang kelihatan seperti sebuah panel dalaman dan beliau telah membawa keping tersebut ke Australia untuk siasatan forensik.



Lapisan atas cat serpihan itu hangus hitam. Serpihan tersebut juga menunjukkan beberapa tanda lebur, seperti yang berlaku apabila sesuatu terdedah kepada api. Ia kelihatan sebahagian daripada bahagian dalam pesawat tetapi bukan kabin utama, dan mungkin kargo.



Encik Gibson, seorang peguam dari Seattle, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia serpihan itu boleh "mengubah keadaan" benar ia dari MH370.



"Salah satu teori ialah berlaku kebakaran di dalam pesawat," kata beliau sambil menambah belum ada bukti menyokong teori itu.



Sementara itu, lapan anggota keluarga penumpang dalam penerbangan tersebut mengadakan lawatan peribadi dengan pegawai ATSB. Saudara-mara dari China, Malaysia dan Indonesia itu dibawa melawat sekitar salah sebuah kapal carian di Australia Barat. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >