Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebocoran dokumen sulit: FBI tahan Pengawal Kebangsaan AS

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Biro Siasatan Federal (FBI) menahan seorang anggota Pengawal Kebangsaan Udara Amerika Syarikat berusia 21 tahun berkaitan kebocoran dokumen sulit termasuk peta, kemas kini perisikan dan penilaian ke atas perang Russia di Ukraine.



Jack Teixeira, yang bekerja untuk pasukan tentera itu, telah ditahan pada petang Khamis (waktu tempatan) tanpa sebarang insiden.



Dia akan didakwa atas tuduhan "pengeluaran tanpa kebenaran, pengekalan dan penghantaran maklumat sulit pertahanan negara," kata Peguam Negara, Encik Merrick Garland, kepada wartawan pada satu sidang media di Washington.



"Siasatan masih dijalankan. Kami akan berkongsi maklumat lanjut pada masa yang sesuai."



Encik Garland berkata Teixeira akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah di Boston.



Beliau tidak memberitahu bila tuduhan itu akan dikenakan dan tidak menjawab sebarang soalan media.



The New York Times melaporkan pada awal Khamis bahawa Teixeira adalah ketua kumpulan sembang permainan di mana dokumen sulit itu pertama kali muncul.



Kebocoran puluhan halaman dokumen digambarkan sebagai salah satu pendedahan perisikan paling merosakkan dan memalukan dalam tempoh sedekad.



Dokumen itu kemudian dikongsi dalam kalangan sekumpulan kecil dalam aplikasi teks dan sembang video, Discord, sebelum diedarkan secara lebih meluas di khidmat pemesejan Telegram, di mana organisasi berita antarabangsa mula menyedarinya.



Terdahulu pada Khamis, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata pemerintahnya hampir menyelesaikan penyiasatan terhadap kebocoran itu dan berkata beliau tidak terlalu bimbang.



"Terdapat satu siasatan menyeluruh sedang berjalan sekarang, seperti yang anda tahu, oleh anggota pihak perisikan dan Jabatan Kehakiman," kata Encik Biden kepada wartawan di Dublin pada Khamis.



Merujuk kepada siapa yang membocorkan dokumen itu, Encik Biden berkata penyiasat "semakin dekat, tetapi saya tidak mempunyai jawapan".



"Saya tidak bimbang tentang kebocoran itu," kata Encik Biden.



"Saya bimbang kerana ia berlaku. Tetapi tidak ada apa-apa yang terkini dalam dokumen itu," katanya.



Antara lain, dokumen itu mendedahkan penilaian Amerika mengenai pencerobohan Russia di Ukraine, termasuk Ukraine hampir kehabisan peluru berpandu dan pemintas yang diperlukan untuk mempertahankan diri daripada serangan.



Ia juga mendedahkan pengumpulan perisikan Amerika mengenai sekutunya termasuk Mesir, Korea Selatan dan Israel.



Gambar yang setakat ini muncul mengenai pembocor dokumen itu adalah dia seorang peminat isu tentera dan senjata api yang mula berkongsi dokumen dengan rakan dan kenalan dalam talian - sebahagian mereka adalah remaja - dalam usaha jelas untuk mengurangkan rasa terasing semasa pandemik Covid-19, menurut laporan Washington Post yang diterbitkan sebelumnya pada Khamis.



Pentagon dan Jabatan Kehakiman melancarkan siasatan ke atas kebocoran itu selepas dokumen tersebut ditemui dalam talian dan Teixeira dianggap pegawai perisikan dan penguatkuasa undang-undang sebagai orang yang disyaki.



Penyiasat tidak menolak kemungkinan bahawa musuh asing, seperti pemerintah Russia, mungkin terlibat dalam mendapatkan beberapa dokumen sulit dan berpotensi memanipulasi beberapa kandungannya.



Adanya tanda 'sulit' pada dokumen itu menandakan kemungkinan pembocor itu tahu dia melakukan satu kesalahan, kata seorang pegawai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >