Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kecoh mengenai burger babi 'P Ramly' di Malaysia

Oct 28, 2016 | 09:43 AM



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Islam dan kementerian ehwal pengguna Malaysia sedang menyiasat tindakan penjual burger tempatan, Ninja Joe, memberi nama 'P. Ramly' bagi burger daging babinya.



Tindakan itu bertujuan memaanfaatkan jenama daging burger halal 'Ramly' yang popular dan pelakon legenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.



Pengasas dan pemilik daging burger Ramly, Datuk Ramly Mokni, berkata beliau sedang mendapatkan nasihat daripada peguamnya mengenai perkara itu.



Pemilik Ninja Joe, Encik Kelvin Tan, memberitahu laman berita Malay Mail Online (MMO) beliau memilih nama 'P. Ramly' sebagai penghormatan kepada jenama burger nombor satu di Malaysia, Ramly, apabila produk itu dilancarkannya pada Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.



"Burger Ramly wujud di Malaysia sejak sekian lama. Ia ikonik. Ia satu penghormatan bagi mereka," katanya kepada MMO, sambil menambah bahawa huruf 'P' bermaksud 'pork', atau daging babi.



Namun, Encik Ramly, yang mengetuai Kumpulan Ramly, berkata: "Ini isu amat berbahaya. Jika anda mahu melakukan itu bagi sembarang produk halal, ia perkara berbeza, tetapi ini (burger daging babi) tidak halal."



Ninja Joe berkata ia akan menarik balik burger itu.



"Dalam usaha mengelakkan kekeliruan awam, kami telah menurunkan poster burger itu dari kedai kami dan telah berhenti penggunaan nama P. Ramly berkuat kuasa serta-merta," kata Ninja Joe di laman Facebook pada Rabu (26 Okt).



Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata ia akan mengenakan tindakan ke atas Ninja Joe jika ia didapati mengelirukan pengguna.



Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut tindakan diambil kerana nama burger itu telah mengelirukan orang ramai.



Persatuan Artis Veteran telah membuat laporan polis, meminta tindakan terhadap Ninja Joe kerana melakukan apa yang dianggap sebagai provokasi terhadap masyarakat Islam dengan menggunakan nama yang mencerminkan ikon Melayu, lapor akhbar Berita Harian Malaysia pada Rabu.



Ninja Joe, yang mempunyai cawangan di Selangor dan Negeri Sembilan, telah dikunjungi pegawai pihak berkuasa Islam di kedua-dua negeri.



Para pegawai dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata mereka telah menyelesaikan siasatan selepas merampas sekeping bunting, menu dan resit jualan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >