Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedah fatwakan Pokemon Go haram kerana boleh 'mudaratkan iman'

Aug 11, 2016 | 10:42 AM



PETALING JAYA: Jawatankuasa Fatwa Kedah telah memutuskan bahawa permainan Pokemon Go haram kerana ia berpotensi "memudaratkan iman" orang Islam.



Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pada Rabu (10 Ogos) bersama 10 ahli majlis itu di pejabat mufti, kata mufti negeri Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.



"Ia akan menjejaskan iman seseorang," kata mufti itu.



Papan tanda memberi amaran terhadap permainan Pokemon Go akan dipasang dalam kawasan masjid.



Permainan realiti itu membuat ramai orang kegilaan, hingga Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi turut memberi sedikit nasihat.



"Mainlah sepuas hati tetapi janganlah memburu Pokemon semasa memandu.



"Itu akan membuat anda disaman RM300," katanya selepas melancarkan briged kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pelajar sekolah menengah di Putrajaya.



Di seluruh Malaysia, sekolah, kolej, tempat ibadat dan juga balai polis mendapati orang yang tidak dikenali mengganggu di sekitar premis mereka yang ditetapkan sebagai PokeStop - tempat pemain menambah peluru mereka.



Beberapa ketua sekolah mendakwa ramai pelajar terganggu oleh permainan itu, manakala premis sekolah menarik orang tidak dikenali.



"Saya tidak boleh mengawal orang-orang yang datang mencari 'Pokemon' di luar sekolah, tetapi saya secara peribadi berasa kawasan sekolah tidak patut dijadikan PokeStop," kata Cik Chan Nyook Ying, pengetua St Michael's Institution.



Di Pulau Pinang, Gereja St Anne yang terkenal tidak mahu pemain Pokemon Go berhimpun di gereja di Bukit Mertajam itu dan ia telah meletak tanda 'Tiada Pokemon' di premisnya.



Seorang pemain berkata terdapat enam PokeStop dan satu Pokemon Gym dalam kawasan gereja itu.



Para pemain turut bermain di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town di Jalan Patani, yang juga sebuah PokeStop.



Ketua OCPD itu, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata: "Tidak salah dari segi undang-undang bermain permainan ini. Bagaimanapun, orang yang tidak mempunyai urusan rasmi dengan kami tidak akan dibenarkan masuk. Ia kawasan larangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >