WASHINGTON: Peralihan kepada pentadbiran di bawah presiden dipilih Joe Biden masih lagi tergantung semalam, sehari selepas puluhan ribu penyokong Presiden Donald Trump membanjiri ibu kota negara itu bagi menyokong tuntutan palsunya mengenai penipuan pilihan raya.
Encik Biden, mantan naib presiden bagi Parti Demokrat, telah meluangkan masa berhari-hari bersama penasihatnya untuk menimbangkan Kabinet yang akan dipilih, menerima panggilan ucap tahniah daripada pemimpin dunia dan melakarkan dasar yang akan dilaksanakan selepas majlis angkat sumpah pada 20 Januari nanti.