KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelaskan bahawa kegagalan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melancarkan tawaran awam awal (IPO) akibat "diserang" merupakan faktor utama syarikat itu berdepan dengan masalah.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan tawaran IPO dalam masa singkat.