Keganasan di California: 14 maut, 17 cedera

SAN BERNARDINO (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 17 lagi cedera akibat serangan ganas di sebuah bangunan di San Bernardino, California, hari ini.

Tiga lelaki bersenapang dilihat melarikan diri dari tempat kejadian tembakan dan polis kini giat menjejaki mereka, kata Ketua Polis San Bernardino, Encik Jarrod Burguan.

Dalam sidang medianya, beliau berkata kejadian berlaku jam 11 pagi waktu tempatan California dan setakat ini motif serangan tidak jelas.

Penolong Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Los Angeles, Encik David Bowdich berkata, pihaknya masih tidak pasti kejadian di bandar yang terletak 97 kilometer di timur Los Angeles itu sebagai serangan penganas. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 85
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.