Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kegiatan fizikal sejam sehari perlu bagi imbangi padah duduk 8 jam di pejabat: Kajian

Jul 28, 2016 | 03:00 PM



PEKERJA pejabat yang menghabiskan hingga lapan jam atau lebih duduk di meja mereka mungkin perlu mengimbangi kesan bahaya gaya hidup tidak aktif itu dengan melakukan kegiatan fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari.



Dengan manfaat satu jam berharga itu, peningkatan risiko kematian yang dikaitkan dengan duduk terlalu lama boleh dihapuskan, menurut satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet, pada Rabu (27 Julai), lapor The Guardian.



Kajian itu, yang dijalankan oleh sebuah pasukan pakar antarabangsa, menganalisis data daripada 16 kajian lalu. Peserta kajian dari Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Australia dan berusia lebih 45 tahun



Ia mendapati terdapat 9.9 peratus kemungkinan mati - semasa tempoh susulan dua hingga 18 tahun - dalam kalangan mereka yang duduk selama lapan jam atau lebih sehari dan terlibat dalam kegiatan fizikal rendah, berbanding 6.8 peratus bagi orang yang duduk kurang empat jam sehari dan aktif sekurang-kurangnya satu jam.



Menurut kajian itu, garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mencadangkan senaman sejumlah 150 minit seminggu tidak cukup bagi kebanyakan orang.



Penulis utama kajian tersebut, Profesor Ulf Ekelund dari Sekolah Sains Sukan Norway dan Universiti Cambridge, memberitahu Guardian: "Anda tidak perlu bersukan, anda tidak perlu pergi ke gim.



"Mencukupi dengan melakukan jalan pantas, mungkin pada waktu pagi, semasa makan tengah hari, selepas makan malam. Anda boleh memecahkannya sepanjang sehari, tetapi anda perlu melakukan sekurang-kurangnya satu jam."



Para pengkaji itu memberi beberapa contoh latihan "intensiti sederhana" satu jam yang boleh memberi manfaat, seperti berjalan selaju 5.6 kilometer sejam atau menunggang basikal untuk riadah pada kelajuan 16 kilometer sejam.



Profesor Ekelund berkata tekanan kerja - dalam konteks Britain - bermakna rehat panjang tidak realistik bagi beberapa pekerja, tetapi rehat lima minit setiap jam pun dapat membantu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >