PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Port Dickson sebagai kawasan untuknya bertanding dan kembali ke Parlimen.
Calon parti Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa selepas menemui pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh berkempen sejak 29 September lalu, beliau dapat merasakan kehadirannya di situ diterima baik masyarakat tempatan.