KUALA LUMPUR: Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat, di sini, menceritakan detik mencemaskan ketika kejadian kelmarin.
Mohd Ihsan Husin, 16 tahun, yang sudah empat tahun belajar di pusat berkenaan, berkata ketika kejadian, asap sangat tebal dan hanya ada satu pintu keluar dan masuk.