Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kehilangan MH370: M'sia gigih mencari, ibu mangsa menderita

Jun 16, 2014 | 05:05 PM



KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi komitmen Malaysia akan terus berusaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 100 hari lalu.


Ini dinyatakan beliau sedang ahli keluarga lebih 200 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut terus menanti dengan penuh pengharapan.


Ibu kepada warga Iran yang menaiki penerbangan MH370 dengan pasport palsu, setiap hari yang dilaluinya tidak ubah seperti 'kematian perlahan-lahan', sejak pesawat itu hilang 8 Mac lalu.


Cik Niloufar Vaezi Tehrani, yang menetap di Jerman, menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang menderita.


"Saya akan menemui ahli psikologi kerana saya bukan sahaja kehilangan anak, saya juga kehilangan kehidupan saya sendiri. Saya terlepas kereta api kerana tidak boleh menumpukan perhatian. Apabila saya bangun, saya akan menuju ke TV dan komputer riba untuk melihat berita dan tiba-tiba saya sedar segala-galanya sudah berlalu," kata Cik Niloufar, 47 tahun.


Dia memberitahu The Star bahawa Pouria Nourmohammadi, 19 tahun, telah menghantar e-mel kepadanya sebelum ini, menyatakan rancangan untuk terbang ke Malaysia dan kemudian menggunakan pasport palsu untuk ke Jerman.


Pelajar kejuruteraan kimia itu rindu untuk melihat ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser payudara peringkat kedua.


Pada awal krisis MH370, perhatian global telah tertumpu kepada imej-imej kabur dua warga Iran yang dikenal pasti oleh polis sebagai penyamar yang telah menggunakan pasport palsu.


Untuk satu ketika, Pouria merupakan suspek utama dalam kehilangan Boeing 777. Terdapat spekulasi ketika itu bahawa dia merupakan seorang pengganas.


Bagaimanapun, kebenaran cerita seorang anak yang cuba sedaya upaya untuk bersatu kembali dengan ibunya, tidak menyebabkan spekulasi itu berpanjangan.


Walaupun keluarga anak-anak kapal MH370 dan penumpang berada di bawah jagaan Malaysia Airlines dan sukarelawan, Niloufar berkata dia menanggung derita keseorangan.


"Hari ini, tiada siapa yang menjaga saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai MH370. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada anak saya. MAS dan pihak berkuasa Malaysia tidak pernah sekali bercakap dengan saya atau memberi saya maklumat mengenai anak saya," dakwanya.


Dia melarikan diri dari Teheran dua tahun lalu selepas didera oleh suaminya.


Niloufar membawa bersama anak bongsunya Ilia, 14, dan menetap di Jerman.


"Dia mempunyai kesukaran membawa keluar Pouria bersama kerana usianya," kata peguam Niloufar, Encik Dan Gilleon.


Pouria, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, menaiki pesawat malang menggunakan pasport milik warga Austria dan Itali pada 8 Mac.


Mereka terbang ke Beijing dan kemudian mengambil penerbangan sambungan ke Frankfurt, di mana Niloufar menunggu di sana.


Dipercayai pasport dan dokumen Italy dan Austria yang digunakan tidak memerlukan visa untuk memasuki Jerman.


"Dia mahu melihat ibunya yang sakit. Okay, cari dia dan jatuhkan hukuman kepadanya. Tetapi saya hanya mahu tahu mengenai anak saya," kata Niloufar dengan penuh emosi.


Cik Niloufar dan Encik Gilleon kini merancang untuk meneruskan tuntutan 'kematian tidak benar' terhadap MAS.


Encik Gilleon mendakwa MAS enggan melepaskan maklumat tiket Pouria, yang diperlukan untuk menentukan bidang kuasa bagi membuat tuntutan mahkamah, sambil menambah MAS memberi alasan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap Pouria.


Cik Niloufar berkata, apa boleh dilakukan sekarang ialah menunggu dan berdoa, dengan harapan pihak berkuasa akan memahami bahawa dia hanyalah seorang ibu yang mencari seseorang yang disayangi.


"Saya melihat gambar salah seorang isteri krew melahirkan anak. Saya tahu bagaimana penderitaan yang dialaminya. Hari ini, saya berdoa bukan sahaja untuk Pouria tetapi semua penumpang supaya mereka selamat dan Tuhan memberkati mereka. Saya berharap dunia tidak akan melupakan kami," katanya. - mStar Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >