Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kehilangan Pesawat MAS MH370: Salah seorang dari 2 suspek dengan pasport curi dikenalpasti

Mar 10, 2014 | 09:21 PM



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua suspek yang menggunakan pasport yang dicuri sudah dikenal pasti.


Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki itu telah dikenal pasti hasil rakaman sistem televisyen litar tutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


"Saya boleh mengesahkan bahawa dia bukan rakyat Malaysia, namun kami belum boleh dedahkan dia berasal dari mana. Hasil siasatan kami mendapati individu terbabit tidak mempunyai rekod masuk ke negara ini," jelas beliau yang berkata lelaki itu bukan berasal dari Xinjiang, China.


Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini mempersoalkan bagaimana pegawai imigresen di KLIA tidak membuat pemeriksaan yang teliti sehingga boleh melepaskan dua penumpang yang menggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370 yang sehingga ini masih hilang.


"Saya masih hairan takkan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Italy dan Austria, tapi muka macam orang Asia," katanya seperti dipetik Bernama lewat kelmarin.


Kenyataan itu dibuat sedang usaha mencari dipergiatkan dengan bantuan lebih banyak negara serantau, termasuk Singapura, Australia dan Indonesia, serta kawasan carian lebih luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >