Kejadian menembak di Texas, dua lelaki bersenjata maut

DALLAS (Amerika Syarikat) - Dua lelaki bersenjata mati ditembak selepas mereka melepaskan tembakan ke arah satu pameran lukisan anti-Islam yang memaparkan Nabi Muhammad, di Garland, Texas, semalam.

Seorang pengawal turut ditembak di kaki semasa kejadian itu, lapor akhbar The Daily Telegraph.

Dua lelaki bersenjata itu muncul dalam satu kenderaan dan menembak seorang pengawal keselamatan.

Mereka bagaimanapun mati ditembak oleh polis Garland.

Pengawal keselamatan itu dikejarkan ke hospital, tetapi kecederaannya dipercayai tidak mengancam nyata. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.