Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kejutan ekoran percaturan saat akhir di Sabah?

Nov 05, 2022 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Beberapa kejutan dijangka berlaku apabila calon-calon memasuki pusat penamaan calon di Sabah hari ini.



Calon yang terdiri daripada pemimpin tempatan daripada parti di bawah gabungan adalah antara yang dijangka mendaftar kertas pencalonan mereka di tengah-tengah rasa tidak senang terhadap perjanjian perkongsian kerusi antara parti di bawah pelbagai gabungan.



Semua mata tertumpu kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) untuk melihat sama ada beberapa ahli mereka yang lebih "resah" akan mematuhi keputusan muktamad mengenai perkongsian kerusi dan pemilihan calon bagi 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.



Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, dan Ketua BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, telah bersetuju dengan perjanjian perkongsian kerusi 13:12 dan bersama-sama mengumumkan calon masing-masing bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa lalu.



Namun, sumber-sumber menunjukkan beberapa pemimpin tempatan berpengaruh telah meminta pemimpin parti persekutuan untuk membentuk semula perjanjian tersebut pada saat-saat akhir, menimbulkan kebimbangan sebarang langkah sedemikian akan memberi kesan langsung kepada kerajaan gabungan GRS-Barisan.



GRS merangkumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cabang Sabah; Parti Bersatu Sabah (PBS); Sabah STAR; Parti Progresif Sabah (SAPP); dan Usno, sementara BN Sabah merangkumi Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).



Kedua-dua Datuk Hajiji dan Datuk Bung Moktar berpegang teguh pada perjanjian mereka dan menentang sebarang langkah untuk membentuk semula perjanjian mereka kerana terdapat spekulasi meningkat bahawa beberapa pemimpin tempatan mungkin mendaftar pencalonan mereka menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).



Bagi gabungan GRS, Bersatu akan bertanding tujuh kerusi; PBS empat kerusi; Sabah STAR dua kerusi; dan SAPP satu kerusi.



Bagi 12 kerusi BN pula, Umno Sabah 11 kerusi dan satu kerusi bagi PBRS.



Parti pembangkang utama Sabah, Warisan, yang telah memutuskan untuk bertanding secara solo selepas berpisah daripada Pakatan Harapan (PH), juga akan bertanding di semua 25 kerusi di Sabah serta kerusi Labuan.



Pembangkang PH yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta rakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) juga akan bertanding di semua 25 kerusi di Sabah walaupun mereka masih belum menamakan calon bagi kerusi Kinabatangan yang disandang Datuk Bung Moktar. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >