ORLANDO: Penembak yang menyebabkan 49 orang terbunuh dan 53 yang lain cedera di kelab malam gay popular di Orlando mempunyai kecenderungan ganas dan disiasat oleh Biro Siasatan Federal (FBI).
FBI berkata Omar Mateen pernah disiasat dan dibebaskan selepas didakwa ada kaitan dengan seorang pengebom nekad Amerika dan memberi komen berbau keganasan kepada seorang rakan sekerja.