KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Samad, telah menggesa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar menyatakan pendiriannya berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan sahaja sebagai ahli Umno, malah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Tan Sri Shahrir berkata demikian semasa mengulas video viral yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin yang mencadangkan agar lembaga pengarah 1MDB dipecat.