Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keldai jadi ambulans untuk wanita hamil

Dec 28, 2015 | 05:16 PM



LONDON (Britain): Usaha kini sedang dilakukan badan kebajikan British untuk memanfaatkan keldai sebagai kenderaan utama di negara-negara miskin yang boleh membawa wanita hamil ke hospital.


Untuk memastikan idea itu menjadi kenyataan tali pinggang keselamatan telah dipasang pada keldai tersebut.


Tali pinggang itu disesuaikan supaya wanita hamil itu mampu memanjat 'ambulans keldai' tersebut, lapor Mirror.com yang memetik daripada Sunday People.


Keldai masih menjadi kenderaan biasa yang membawa wanita-wanita hamil di negara-negara dunia ketiga.


Kebanyakan keluarga di kampung-kampung di Afrika tidak berkenderaan tetapi mempunyai keldai atau kuda dan menunggangnya untuk ke hospital.


Penggunaan tali pinggang pada pelana mampu mengurangkan risiko wanita-wanita hamil jatuh ke tanah sewaktu menunggang keldai.


Pelana keselamatan ini telah dicipta oleh badan kebajikan SaddleAid di Anglesey, North Wales.


Ia malah telah diuji atas seekor keldai dipanggil Queenie di Welsh demi menguji tahap keselamatan alat tersebut.


Ia juga telah diuji di Afghanistan dan dijangka akan digunakan untuk bakal-bakal ibu di Ethiopia, tahun depan.


Badan itu juga dilaporkan mahu melatih penduduk untuk menggunakan pelana itu yang dikatakan boleh juga digunakan di UK untuk membantu golongan kurang upaya menunggang kuda atau keldai dengan selesa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >