Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga dari Sarawak jalan kaki hantar anak masuk universiti

Oct 04, 2023 | 06:16 PM



PAYA BESAR: Sanggup satu keluarga dari Sarawak ini memasuki sebuah universiti di Pahang dengan berjalan kaki untuk menghantar anak mereka pada hari pendaftaran.

Dalam satu video yang tular di TikTok, satu keluarga dianggotai empat orang kelihatan menemani anak perempuan mereka menempuh cuaca panas dan berjalan masuk ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sambil menolak bagasi masing-masing di jalan raya.

Video tersebut bertajuk “Hebatnya Kasih Ayah dan Ibu” yang menyentuh hati ramai warga net telah mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan dan dimuat naik pihak UMPSA pada Ahad.







Difahamkan hari pendaftaran pelajar baru berlangsung pada hari sebelumnya.

Pada awalnya, video itu berkata ia melihat satu keluarga berjalan kaki masuk ke universiti itu dengan andaian kereta mereka telah rosak.

Ia kemudian berkata: “Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tolak beg di saat yang lain naik kereta.”

Namun diketahui keluarga tersebut datang dari Sarawak naik bas hantar anak perempuan mereka masuk ke UMPSA.

Universiti itu kemudian bergegas carikan kereta untuk membantu keluarga tersebut masuk ke dalam kampus, katanya.

Dalam satu artikel diterbit laman universiti tersebut pada Ahad, menyatakan keluarga itu berasal dari Lawas, Sarawak.

Ia menambah, mereka tiba di semenanjung menerusi pesawat ke Kuala Lumpur sebelum menaiki bas ke Kuantan untuk memastikan anak mereka itu selamat mendaftar di universiti tersebut.

Pelajar itu dikenal pasti sebagai Nurbatrisyia Husna Tahir, 19 tahun dan akan menuntut Ijazah dengan Pujian dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petrol).

Ibu bapanya ialah Encik Tahir Untong, 57 tahun dan Cik Minah Smit, 56 tahun.

Bercakap kepada UMPSA, Nurbatrisyia berkata:

“Saya akan belajar dengan keras untuk membalas budi mereka (ibu bapanya).”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >