Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga hargai kunjungan PM Najib lawat Anwar di hospital

Nov 19, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam penghargaan atas lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Anaknya, Encik Muhamad Ihsan Anwar, dalam satu kenyataan turut memohon agar Anwar diizin mendapatkan rawatan di luar penjara selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya.



"Perdana Menteri dan isteri sempat menziarahi ayah kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan bahu, yang kecederaannya menjadi kian parah akibat pemenjaraan dan kemalangan bulan lepas semasa dalam jagaan Kerajaan Malaysia,'' kata Encik Muhamad Ihsan.



Beliau juga merakam penghargaan kepada pasukan pakar perubatan serta kakitangan HKL dan kakitangan penjara atas rawatan dan pemulihan terhadap ayahnya.



Petang Jumaat, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah melawat Anwar yang kini sedang mendapatkan rawatan di HKL.



Menerusi akaun facebooknya, Datuk Seri Najib turut mendoakan agar Datuk Seri Anwar cepat sembuh.



Datuk Seri Najib turut berkongsi gambar lawatan itu di akaun twitter rasminya.



Datuk Seri Anwar kini menerima rawatan di HKL selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahu kanan beberapa hari lalu.



Peguam Datuk Seri Anwar, Cik Kimberley Motley dari Amerika Syarikat berkata, beliau mendesak permohonan membebaskan Datuk Seri Anwar kerana beliau dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan, dan telah menjalani 1,000 hari pemenjaraan daripada hukuman lima tahun bagi kesalahan liwat.



Peguam hak asasi manusia itu berkata jika Malaysia mahu dihormati masyarakat dunia dan lebih banyak pelaburan asing mengalir masuk, Malaysia patut membebaskan Datuk Seri Anwar, yang beliau gelar banduan hati nurani.



Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar oleh Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 30 tahun, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara 26 Jun 2008.



Pada 10 Februari tahun berikutnya, Mahkamah Persekutuan mempertahan keputusan itu.



Dengan keringanan hukuman sebanyak satu pertiga, Datuk Seri Anwar yang berusia 70 tahun itu sepatutnya keluar penjara Jun tahun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >