Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga Muslim Britain hadapi diskrimasi untuk ke Amerika

Kian ramai Muslim Britain ditegah memasuki Amerika tanpa dinyatakan sebabnya
Dec 23, 2015 | 03:55 PM



LONDON (Britain): Perdana Menteri Britain David Cameron, berikrar untuk meneliti kes yang berlaku baru-baru ini di mana sebuah keluarga warga British telah dilarang pihak berkuasa Amerika Syarikat daripada menaiki pesawat ke Los Angeles di Lapangan Terbang Gatwick London.


Keluarga 11 anggota itu, telah lama menyimpan wang untuk memenuhi impian bercuti di negara itu, dan telah mendapat pengesahan untuk melancong beberapa minggu sebelumnya bagi penerbangan yang dijadualkan pada 15 Disember lalu, lapor akhbar The Guardian.


Mereka merancang untuk mengunjungi saudara-mara di California Selatan dan mahu ke taman tema Disneyland dan Universal Studios.


Namun, harapan mereka punah apabila pegawai keselamatan dalam negeri Amerika mendatangi mereka sewaktu sedang beratur di dewan pelepasan di Gatwick, menyatakan kebenaran untuk mereka melancong ke Amerika telah dibatalkan. Tiada penerangan diberikan.


Encik Mohammad Tariq Mahmood, yang bercakap kepada akhbar The Guardian, mendakwa alasannya cukup jelas.


"Ia adalah disebabkan oleh serangan ke atas Amerika. Mereka fikir setiap Muslim membawa ancaman," katanya.


Encik Mohammad Tariq bersama adik atau abangnya, bersama sembilan anak mereka berusia antara lapan hingga 19 tahun, juga diminta mengembalikan barangan yang telah mereka beli di kedai bebas cukai di lapangan terbang itu sebelum mereka diiring keluar.


"Saya tidak pernah dimalukan sebegitu rupa dalam hidup saya. Saya bekerja di sini, saya punya perniagaan di sini, tetapi kami telah diasingkan," ujarnya dan menambah, beliau bersama adik atau abangnya itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan pihak polis.


Harga tiket bernilai £9,000 (S$18,741) yang telah dibayar mereka juga tidak dikembalikan.


Layanan yang diterima Encik Tariq telah menimbulkan keprihatinan meluas terhadap diskriminasi yang semakin meningkat ke atas warga Muslim Britain yang dilakukan pihak berkuasa Amerika.


Hal ini dipercayai diburukkan dengan komen yang dibuat calon presiden dari Parti Republikan, Encik Donald Trump, yang menggesa dikenakan larangan ke atas setiap orang Islam yang memasuki Amerika, menyusuli serangan ganas pada 13 November lalu di Paris, Perancis, dan kejadian tembakan rambang di San Bernardino, California, pada 2 Disember lalu.


Layanan yang diterima Encik Tariq dan ahli keluarganya telah disuarakan oleh Anggota Parlimen Parti Buruh Britain, Cik Stella Creasy, yang menulis kepada Encik Cameron, melahirkan keprihatinan beliau bahawa kian ramai Muslim Britain ditegah daripada memasuki Amerika tanpa dinyatakan sebabnya.


Cik Creasy menambah, beliau kini "berhadapan dengan tembok" dalam usahanya mendapatkan jawapan daripada kedutaan Amerika.


Pengalaman serupa turut dialami seorang lagi Muslim warga Britain, Encik Ajmal Mansoor, yang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke New York.


Dalam komen di Facebook pada 18 Disember lalu, warga yang menetap di Bristol itu berkata: "Saya bingung, jengkel dan marah ketika ini. Amerika berhak untuk mengeluarkan dan membatalkan visa - saya faham itu. Tetapi dengan tidak menyatakan sebarang sebab telah menimbulkan rasa marah warga biasa," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >