Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga tebusan yang dipancung Abu Sayyaf sokong wang tebusan tidak dibayar

Jun 15, 2016 | 12:01 PM



TORONTO: Keluarga seorang tebusan Canada yang dipancung kumpulan militan Abu Sayyaf di Filipina berkata pada Selasa (14 Jun) mereka menyokong dasar pemerintah Canada tidak membayar wang tebusan dalam kes penculikan.



Filipina mengesahkan pada Selasa kematian Encik Robert Hall, yang dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf di pulau selatan negara itu bersama tiga orang lain sejak September tahun lalu.



"Keluarga kami, walaupun dalam masa paling gelap kami, bersetuju sepenuh hati dengan dasar Canada tidak membayar wang tebusan," kata keluarga Encik Hall dalam satu kenyataan.



"Kami memegang teguh cita-cita unggul yang membina negara ini; kekuatan peribadi, semangat tidak mudah luntur, dan keengganan tunduk pada tuntutan kumpulan bedebah itu."



Pada Isnin, Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, mengutuk pembunuhan tersebut, tetapi juga berkata pemerintah negaranya tidak boleh dan tidak akan membayar wang tebusan dalam kes seperti itu kerana ia boleh menggalak lebih banyak penculikan.



Encik Hall diculik oleh kumpulan militan itu bersama tiga yang lain dari sebuah resort mewah di pulau Samal, beberapa ratus kilometer ke timur Jolo.



Seorang lagi warga Canada yang diculik, bekas eksekutif perlombongan John Ridsdel dipancung Abu Sayyaf pada April.



Seorang lelaki Norway dan seorang warga Filipina masih diculiknya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >