Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga tuduh Mossad Israel bunuh warga Palestin di Malaysia

Apr 21, 2018 | 07:56 PM



Gaza City (AFP, THE STAR / ASIA NEWS NETWORK) - Keluarga seorang profesor Palestin dan anggota Hamas menuduh agensi pengintip Mossad Israelmembunuhnya di sebatang jalan di Kuala Lumpur  pada Sabtu (21 April) .



Polis Malaysia berkata, Allahyarham Fadi Mohammad al-Batsh, 35 tahun, ditembak mati penunggang motosikal semasa beliau berjalan untuk solat subuh pada Sabtu.



Dalam satu kenyataan dari Jaluran Gaza yang diperintah Hamas, keluarganya berkata: "Kami menuduh Mossad berada di belakang pembunuhan itu."



Pergerakan Islam Palestin Islam berkata, Allahyarham Batsh, seorang saintis penyelidikan khusus dalam isu tenaga, adalah salah seorang anggotanya.



Hamas tidak menuduh Israel membunuhnya tetapi menyifatkan Batsh sebagai "syahid" -  perkataan yang biasanya digunakan bagi mereka yang dibunuh oleh tentera Israel.



Ketika dihubungi AFP, seorang pegawai Israel enggan mengulas.



Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata salah seorang daripada dua suspek yang menunggang motosikal berkuasa tinggi melepaskan 10 tembakan, empat daripadanya mengena kepala dan tubuh pensyarah itu. Beliau meninggal di tempat kejadian.



"Polis juga menemui dua kelongsong peluru di sana," kata ketua polis, menurut laporan The Straits Times memetik agensi berita Bernama.



Ketua Polis berkata bahawa rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian menunjukkan dua penyerang menunggu sekitar 20 minit di kawasan itu sebelum menyerang.



"Kami percaya pensyarah itu menjadi sasaran mereka kerana dua individu lain yang berjalan di tempat itu sebelumnya tidak dicederakan. Kami akan meneliti rakaman semua CCTV di kawasan itu untuk mengenal pasti suspek dan mendapatkan nombor pendaftaran motosikal itu," katanya.



Duta Palestin ke Malaysia Anwar H. Al Agha berkata, Allahyarham Batsh tinggal bersama isterinya dan tiga anak berusia satu, lima dan enam tahun di sebuah kondominium di Setapak, dekat tempat beliau ditembak.



Difahamkan beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam jurusan kejuruteraan di Universiti Malaya sebelum menjawat jawatan pensyarah di sebuah universiti swasta.



Keluarga Allahyarham Batsh menggesa pihak berkuasa Malaysia supaya menyiasat pembunuhannya dan "menangkap mereka yang bertanggungjawab membunuhnya  sebelum mereka melarikan diri". Mereka juga meminta supaya jenazahnya dibawa pulang  ke kampung halamannya Jabalya di Jaluran Gaza.



Mossad dipercayai telah membunuh militan Palestin dan saintis pada masa lalu, tetapi tidak pernah mengesahkan operasi sedemikian.



Hamas menuduh Mossad membunuh salah seorang pakar dronnya - Mohamed Zouari - di Tunisia pada 2016. Agensi pengintip itu juga juga dipercayai dalang pembunuhan mlitan kanan  Hamas Mahmud al-Mabhuh di sebuah hotel di Dubai pada 2010.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >