WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang memerhati dengan dekat kem latihan milik militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di timur Libya, kata seorang komander tentera Amerika.
Jeneral David Rodriguez yang mengetuai pasukan Amerika di Afrika berkata kem itu berkemungkinan sedang menjalankan latihan bagi ratusan anggotanya.