Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kem pemerdagangan manusia di Perlis dikawal penembak tepat

May 28, 2015 | 04:50 PM



KANGAR - Sindiket pemerdagangan manusia disyaki dari Thailand yang beroperasi di puncak Bukit Wang Burma di sini, dilengkapi senjata api selain turut menempatkan beberapa penembak tepat di lokasi tertentu di dalam hutan bagi memerhatikan kedatangan pihak berkuasa dari negara ini.


Faktor itu menyebabkan lokasi terletak kira-kira 400 meter dari ka­ki bukit di kawasan tersebut adalah berbahaya untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan renjer melakukan rondaan dalam jumlah yang kecil.


Disebabkan tiada rondaan, maka kem di situ yang terletak di atas bukit yang curam serta hutan sederhana tebal di bahagian Malaysia tetapi landai di sebelah Thailand sehingga boleh dimasuki kende­raan, sudah beroperasi sejak 2013 tanpa disedari pihak berkuasa.


Menurut sumber, kem tersebut hanya terdedah apabila PGA menahan sejumlah lebih 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh awal tahun ini di kawasan terbabit.


Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati air sungai yang me­ngalir di bahagian kaki bukit keruh selain bersabun.


"Maka sebab itu, kita yakin ada aktiviti di atas bukit tersebut lalu mengumpul maklumat risikan seterusnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengarahkan pasukan komando VAT 69 menggempur lokasi berkenaan.


"Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita membiarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Kelmarin, lebih 40 wartawan asing dan tempatan merasai sendiri pengalaman mendaki bukit tersebut yang curam dan mengambil masa dua jam setengah untuk sampai ke kawasan penempatan kem pendatang asing terbabit.


Kem penempatan yang mempunyai dua bangsal besar diperbuat daripada pancang-pancang kayu itu, diibaratkan seperti 'kandang binatang' selain dibaluti kawat berduri bagi mengelak pendatang asing terbabit melarikan diri.


Turut ditemukan sebuah kawasan berbukit mengandungi 37 kubur milik pendatang asing tersebut yang disyaki mati akibat didera, penyakit atau kebuluran.


Tambah sumber tersebut, siasatan pihaknya mendapati mangsa pemerdagangan manusia diseludup masuk ke negara ini menggunakan laluan tikus di perkampungan berdekatan iaitu laluan sama digunakan orang kampung untuk keluar masuk sempadan.


"Mereka tidak menggunakan kawasan di kaki bukit itu sebaliknya jalan sama digunakan penduduk kampung dan warga Thailand untuk menyeludup ternakan dan sebagainya.


"Ini menyebabkan orang kampung sendiri tidak sedar kumpulan ini merupakan mangsa pemerdagangan manusia," ujarnya.


Kata sumber itu, hasil risikan pihaknya percaya ada ahli sindiket terbabit yang beragama Islam dan sebab itu ada mayat dikebumikan lengkap berkafan.


"Dalam penemuan semalam ki­ta dapati mayat yang ditemukan itu, kain kafan masih elok dan dianggarkan dikebumikan beberapa ming­gu lalu.


"Penempatan itu juga dilengkapi kemudahan surau untuk mereka yang beragama Islam bersolat," katanya. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >