Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian 3 beranak di KL: Bayi mungkin telah lama dibunuh, misua dibakar bagi tutup bau

Sep 28, 2016 | 03:12 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah kisah ngeri terdedah berkaitan kematian dua kanak-kanak dan bapa mereka di sebuah apartmen di Kuala Lumpur pada Isnin (26 Sept), sedang polis menemuduga dua adik-beradik kanak-kanak itu.



Dua abang kanak-kanak yang mati itu, berusia enam dan lapan, memberitahu polis mengenai bapa mereka yang ganas dan ibu yang terlalu trauma dan tidak berdaya melindungi mereka, sedang mereka mengalami penderaan di apartmen di Taman Sri Sinar itu.



Keadaan dua adik-beradik yang hidup itu cukup mengejutkan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) R. Munusamy daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.



"Apabila saya melihat dua adik-beradik itu, ia sangat mengejutkan. Mereka mengalami parut dan lebam. Ada luka besar di belakang kepala. Hujung jari mereka hitam, mungkin sebab dipatahkan," katanya pada Selasa (27 Sept).



Dua beradik itu dibawa ke Pusat Temu Duga Kanak-Kanak untuk membantu menjelaskan apa yang berlaku.



Menurut mereka, adik bongsu mereka, Cheah Kai Wen, meninggal dunia seawal tiga bulan lalu dan mayatnya disimpan di dalam rumah itu, dengan misua dibakar bagi menutup bau.



"Menurut adik-beradik itu, anak bongsu tersebut menangis, mungkin kerana dia tercekik susu. Mereka berkata ayah mereka keluar dari biliknya dengan marah dan melemparkan kerusi pada bayi itu sebelum masuk semula.



"Esoknya, bapa mereka mendapati bayi itu tidak bernafas," kata ACP Munusamy.



Tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku dan bagaimana si anak perempuan, Kai Sze, tiga tahun, meninggal dunia, ujar beliau.



"Kami masih menunggu hasil bedah siasat penuh untuk menentukan punca kematian ketiga-tiga mereka."



Menurut ACP Munusamy, laporan bedah siasat awal menunjukkan anak lebih kecil itu meninggal dunia akibat trauma tumpul ke kepala, dan hospital masih menunggu laporan toksikologi bagi dua mayat lagi.



"Si bapa mungkin menyumbat mayat kanak-kanak itu di dalam bekas plastik untuk menyembunyikan bau," kata beliau, sambil menambah rumah tersebut juga diselubungi bau misua.



Siasatan pada mulanya disasarkan pada ibu mereka, yang berusia 35 tahun, yang ceritanya kepada polis mempunyai banyak lubang dan kesilapan.



ACP Munusamy berkata proses mencari kebenaran memakan masa kerana mangsa masih muda dan trauma.



Namun, sedikit maklumat yang dikumpulkan daripada mereka menggambarkan keadaan membimbangkan.



"Si bapa, Cheah Soon Hing, 34 tahun, yang ditemui mati di bilik tidur utama, panas baran dan cenderung mencederakan anak-anaknya," kata beliau.



Polis percaya si bapa mungkin memutuskan membunuh diri selepas membunuh dua anaknya.



Ibu kanak-kanak itu, yang ditangkap pada Isnin dan ditahan reman selama lima hari, menunjukkan kehilangan kawalan terhadap realiti.



Dia memberitahu polis dia percaya apabila suaminya berkata kedua-dua anaknya yang sudah mati itu masih hidup dan tinggal bersama saudara-mara, apabila dia bertanya kepadanya tentang kehilangan mereka.



Dia tinggal di apartmen yang sama.



"Mereka tidak berpisah. Dia dan suaminya tinggal di apartmen itu bersama empat anak mereka," kata ACP Munusamy.



Si ibu dipercayai menyuruh dua anaknya yang masih hidup tidur di sisi mayat bapa mereka selepas dia mendapati suaminya sudah mati pada Ahad lalu.



Esoknya, dia menyuruh dua kanak-kanak itu memberitahu bapa mentuanya dan dia kemudian menghubungi syarikat pengebumian.



Dia hanya menghubungi polis apabila syarikat pengebumian menyuruhnya berbuat demikian.



Polis sedang menyiasat apakah dia juga didera suaminya.



Pasangan berkenaan tidak bekerja dan dipercayai disara bapa lelaki itu, yang memiliki sebuah syarikat kredit di Kuala Lumpur. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >