RIYADH: Kematian akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Arab Saudi melonjak kepada 502 dengan empat kematian terbaru dilaporkan Arab News semalam.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata mangsa terbaru merupakan warga Saudi di Riyadh - tiga lelaki yang berumur 75, 63 dan 58 tahun dan seorang wanita berusia 87 tahun.