LA QUINTA (California): Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengucapkan takziah kepada keluarga Hakim Mahkamah Agung Antonin Scalia yang meninggal dunia kelmarin.
Dalam satu kenyataan semalam, Encik Obama juga berikrar akan mencalonkan pengganti beliau dan menggesa Dewan Senat yang dikuasai parti Republikan agar memberikan calonnya itu sidang yang adil dan undi mengikut masanya.