Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kematian lelaki, dua anak di apartmen KL: Isteri ditangkap

Sep 28, 2016 | 10:07 AM



KUALA LUMPUR: Ibu dua kanak-kanak yang mayat mereka ditemui disumbat dalam bekas plastik di sebuah aparment di sini pada Isnin (26 Sep) telah ditangkap, menurut polis.



Suami wanita itu, yang telah berpisah dengannya dan juga merupakan bapa kanak-kanak berkenaan, Encik Cheah Soon Hing, 34 tahun, turut ditemui mati di bilik tidur utama apartmen mereka di Taman Sri Sinar, Segambut.



Akhbar The Star melaporkan mayat Cheah Kai Sze, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, dan adik lelakinya, Kai Wen, tujuh bulan, dimasukkan ke dalam dua bekas plastik yang kemudiannya dibungkus dalam beg plastik besar.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Amar Singh, berkata polis mendapati tiada kesan pecah masuk, walaupun unit itu dalam keadaan kucar-kacir.



"Berdasarkan keadaan mayat, kami percaya mereka telah mati lebih 48 jam," katanya pada Isnin.



Ketua polis Sentul, Penolong Pesuruhjaya (ACP) R. Munusamy, yang berada di tempat kejadian, berkata mangsa tidak mengalami kecederaan jelas dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.



Beliau berkata polis menerima laporan daripada wanita berusia 35 tahun itu pada kira-kira 12.15 tengah hari Isnin.



"Apabila polis tiba, terdapat bau colok yang kuat," kata ACP Munusamy.



"Mungkin ia daripada seorang sami Tao yang dia panggil untuk melakukan acara sembahyang sebelum kami tiba," kata beliau, sambil menambah wanita yang menganggur itu memanggil bapa mentuanya dan sami tersebut sebelum menghubungi polis.



Wanita itu memberitahu polis dia telah berpisah daripada suaminya tetapi melawat apartmen itu setiap hari dari tempat tinggalnya di blok lain di estet itu.



"Dia juga mendakwa dia bermalam di apartmen itu pada malam sebelumnya," ujar ACP Encik Munusamy.



Seorang jiran berkata bapa Encik Cheah membayar sewa bagi apartmen tersebut.



Beliau juga berkata pasangan itu meminta wang daripada jiran-jiran, hingga RM30 ($9.90).



ACP Munusamy berkata pasangan berkenaan mempunyai dua lagi anak lelaki, berusia enam dan lapan tahun, yang tinggal bersama bapa Encik Cheah. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >