JAKARTA: Agensi keselamatan dan penganalisis sedang cuba mengesahkan perbualan bahawa Bahrun Naim, suspek dalang serangan di Jakarta tahun lalu, telah dibunuh di Syria.
Kumpulan perbualan Internet yang diketahui digunakan oleh pelampau sibuk kelmarin dengan perbualan bahawa militan Indonesia itu mati ketika berjuang bagi kumpulan pengganas ISIS.