Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kembar Siam termuda - lapan hari - jaya dipisahkan

Feb 02, 2016 | 08:44 AM



GENEVA: Doktor Switzerland telah memisahkan sepasang kembar Siam perempuan berusia lapan hari yang tercantum di hati dan dada - yang termuda berjaya dipisahkan, menurut akhbar.


Lima pakar bedah, dibantu dua orang jururawat dan enam pakar anaesthesiologi, menjalankan operasi selama lima jam pada Disember untuk memisahkan kembar seiras kecil itu, lapor mingguan Le Matin Dimanche pada Ahad (31 Jan).


Maya dan Lydia dilahirkan di sebuah hospital Bern dua bulan lebih awal, bersama seorang kakak kembar mereka, Kamilla, pada 2 Disember


Kembar Siam itu pada mulanya stabil dan doktor merancang memisahkan mereka selepas beberapa bulan. Bagaimanapun selepas seminggu, keadaan mereka merosot secara mendadak: yang seorang menghadapi tekanan darah tinggi dan seorang lagi tekanan darah rendah.


Kedua-dua keadaan mengancam nyawa kembar lemah itu, yang seberat hanya 1.1kg setiap seorang, dan doktor memutuskan bahawa satu-satunya peluang mereka ialah pembedahan, yang tidak pernah dilakukan ke atas bayi sekecil itu.


Memisahkan hati bayi itu meletakkan kedua-dua di bawah tekanan besar, kata Dr Barbara Wildhaber, ketua unit pembedahan pediatrik di Hospital Universiti Geneva, yang mengetuai pasukan yang menjalankan pembedahan pada 10 Disember.


"Kami telah bersedia bagi kematian kedua-dua bayi, ia sangat ekstrem," kata beliau kepada Le Matin Dimanche.


Tetapi pembedahan itu berjaya, walaupun hanya mempunyai peluang 1 peratus, lapor BBC.


"Ia mengagumkan! Saya akan ingat ini sepanjang kerjaya saya," kata Dr Wildhaber.


Sejak pembedahan, Maya dan Lydia telah pulih dengan baik, berat badan mereka telah bertambah dan mereka telah mula menyusu, lapor akhbar Swiss.


Pasangan itu antara hanya kira-kira 200 kembar Siam yang menjalani pembedahan yang masioh hidup, kata Dr Wildhaber.


Kira-kira separuh kembar Siam mati semasa dilahirkan, dan kadar kelangsungan hidup mereka antara 5 peratus dan 25 peratus.


Mereka membangun daripada sebuah telur tunggal, yang berpecah dalam kes kembar sihat, tetapi tidak sepenuhnya dalam kes kembar Siam. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >