Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian Agama salur $70j untuk 5,693 madrasah Indonesia

Dec 21, 2023 | 12:33 PM



JAKARTA: Kementerian Ehwal Agama menyalurkan bantuan berjumlah 811 bilion rupiah (sekitar $69.53 juta) untuk 5,693 madrasah di semua peringkat pada 2023.


Ketua Pengarah Pendidikan Islam kementerian itu, Encik M. Ali Ramdhani, berkata daripada 5,693 madrasah itu, 4,849 adalah penerima program Bantuan Ikrar dan 844 penerima program Bantuan Prestasi.

“Penyediaan bantuan prestasi madrasah dan bantuan ikrar bertujuan menggalakkan peningkatan mutu madrasah dan mengurangkan atau mengecilkan jurang mutu antara madrasah,” jelasnya dipetik akhbar, Tempo.


Menurutnya, program bantuan itu merupakan satu bentuk komitmen kementeriannya untuk meningkatkan mutu pendidikan agama di seluruh negara dan menyokong pembangunannya.

“Kami berharap dengan adanya bantuan ini, madrasah di Indonesia dapat terus membangun dan memberikan pendidikan agama yang bermutu,” katanya.

Menurut Pengarah Kurikulum, Kemudahan, Institusi dan Ehwal Pelajar kementerian, Encik Muhammad Sidik Sisdiyanto, bantuan prestasi itu bertujuan memberi ganjaran kepada madrasah kerana mewujudkan iklim positif bagi peningkatan mutu mereka.

Sementara itu, bantuan ikrar itu bertujuan menyokong madrasah yang memerlukan peningkatan mutu.

Di bawah program Bantuan Ikrar, tambah beliau, setiap madrasah menerima 150 juta rupiah. Sementara di bawah program Bantuan Prestasi, setiap madrasah mendapat 100 juta rupiah.

Pengerusi unit pengurusan projek program, Merealisasikan Janji Pendidikan-Reformasi Kualiti Pendidikan Madrasah (REP-MEQR), Encik Abdul Rouf, berkata kedua-dua program bantuan itu merupakan sebahagian daripada program REP-MEQR atau Reformasi Madrasah.

Penerima program dipilih melalui platform untuk perancangan dan belanjawan, berasaskan elektronik madrasah.

Ini bagi memastikan pemilihan adalah telus dan berdasarkan penilaian prestasi madrasah.

“Ini adalah sebahagian daripada ketelusan supaya kebertanggungjawapan pelaporan bantuan dapat dijamin,” kata Encik Rouf. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >