Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kementerian Dalam Negeri Malaysia pecat pegawai yang rakam video bawah skirt wanita

Sep 10, 2018 | 12:20 PM



PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah memecat seorang pegawainya yang ditangkap merakam video bawah skirt seorang wanita baru-baru ini.



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, berkata beliau dimaklumkan tentang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pegawai tersebut merakam video berkenaan.



Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah pusat beli-belah.



Pegawai tersebut merakam video bawah skirt wanita itu semasa wanita yang bekerja di sebuah kedai cermin mata itu sedang menjalankan pemeriksaan mata ke atas Datuk Azis.



“Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai yang membuat rakaman itu,” kata Datuk Azis.



Beliau turut memohon maaf atas tindakan pegawai terbabit dan menegaskan perbuatan itu tiada kaitan dengan pegawai lain yang berkhidmat dalam pejabat Timbalan Menteri bersamanya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >