Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kempen Trump guna taktik halang penyokong Clinton mengundi: Laporan

Oct 28, 2016 | 03:01 PM



NEW YORK: Kempen calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, mencetuskan gelombang kebimbangan mengenai taktik mereka selepas seorang pegawai kanan kempen dipetik menggambarkan usaha "penindasan pengundi", iaitu istilah yang biasanya bermaksud percubaan agresif menghalang pengundi pergi ke tempat mengundi.



Kebimbangan dalam kalangan anggota Republikan di luar kempen Encik Trump itu dicetuskan oleh satu laporan dalam majalah perniagaan BusinessWeek, di mana pegawai yang tidak dikenal pasti itu menggunakan istilah tersebut bagi menggambarkan pendekatan pasukan kempen Encik Trump terhadap tiga kumpulan penyokong terus calon Demokratik, Cik Hillary Clinton.



Laporan itu datang selepas hujah seranah berminggu-minggu Encik Trump yang mempersoal kewibawaan asas pilihan raya itu.



"'Kami ada tiga operasi penindasan pengundi besar yang sedang dijalankan,' kata pegawai kanan itu," lapor BusinessWeek. "Mereka menyasarkan tiga kumpulan yang perlu dimenangi Clinton dengan besar: Golongan liberal idealistik kulit putih, wanita muda, dan Amerika-Afrika."



'Penindasan pengundi' sering merujuk kepada kegiatan sah dan tidak sah yang bertujuan menghalang pengundi layak daripada mengundi, seperti mengedarkan risalah mengandungi tarikh pilihan raya yang salah.



Tetapi laporan BusinessWeek itu menggambarkan taktik yang lebih tepat digambarkan sebagai usaha mengurangkan jumlah pengundi yang keluar mengundi bagi seorang pesaing, lapor akhbar New York Times.



Contoh tindakan itu ialah memberitahu pengundi kulit hitam tentang komen Cik Clinton pada 1994, semasa suami beliau yang menjadi presiden ketika itu mendesak satu rang undang-undang bagi mengurangkan jenayah di bandar, yang menggambar ada remaja kulit hitam "pemangsa raya".



"Apa yang tukilan itu kelihatan gambarkan ialah satu percubaan menghalang kumpulan demografi tertentu keluar mengundi dalam jumlah yang besar," kata seorang peguam pilihan raya Republikan, Encik Jason Torchinsky.



"Bagi peguam dan hakim," ujar beliau, "istilah itu biasanya mencetus kenangan tindakan seperti menempatkan orang bersenjata di luar tempat mengundi atau menghantar surat memberitahu pengundi sah bahawa jika mereka mengundi, mereka akan masuk penjara."



Bagaimanapin, jurucakap Encik Trump, Encik Jason Miller, menegaskan laporan BusinessWeek itu tidak mencerminkan pendekatan kempen beliau dengan tepat.



Bahasa yang Encik Trump sendiri gunakan bagi pilihan raya itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan Demokrat dan beberapa peguam pilihan raya Republikan sendiri.



Beliau berulang kali berkata ada bukti keputusan pilihan raya itu akan "dimanipulasikan" dan menggesa penyokongnya supaya memantau tempat mengundi di kawasan bandar selepas mereka mengundi.



Cadangan itu menurut beberapa orang boleh membawa kepada pengikutnya masuk ke tempat mengundi secara haram dan menakut-nakutkan pengundi minoriti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >