Kenderaan S'pura dikenakan caj VEP masuki Johor mulai 1 Jan

KERAJAAN Malaysia akan mula menguatkuasakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk kenderaan Singapura yang memasuki Johor mulai 1 Januari 2015.

Hal ini dinyatakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, yang ditukil Berita Harian Malaysia.

Pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mencadangkan kepada kerajaan supaya caj VEP turut dikenakan ke atas kenderaan asing dari Thailand yang memasuki negara ini.

Kata Datuk Abdul Aziz, tindakan mengenakan caj VEP kepada kenderaan dari Thailand sebagaimana kenderaan dari Singapura adalah usaha untuk menyeragamkan sistem lintas sempadan di seluruh negara.

"Ini akan memudahkan kemasukan kenderaan-kenderaan asing ke Malaysia dijalankan dengan lebih tersusun. Kita juga mahu kawal sempadan negara kita daripada dicerobohi pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti penyeludupan manusia dan barangan seperti dadah, senjata dan diesel," katanya kepada pihak media selepas mesyuarat Penyelarasan Kemasukan Kenderaan Asing (Thailand ke Malaysia) di sini hari ini. - BHM.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.