SINGAPURA semalam mengutuk dengan keras pembunuhan pekerja bantuan Britain Encik David Haines oleh militan IS.
"Pembunuhan kejam pekerja bantuan Britain, Encik David Haines oleh militan ISIS (yang juga dikenali sebagai IS) adalah perbuatan yang patut dikeji. Singapura dengan keras mengutuk pembunuhan itu dan simpati kami kepada keluarga Encik Haines," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.