Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepala terperangkap dalam mesin basuh

Jun 02, 2016 | 09:46 AM



FUJIAN: Seorang lelaki di China terpaksa diselamatkan oleh enam anggota bomba selepas kepalanya terperangkap dalam sebuah mesin basuh, lapor akhbar South China Morning Post.



Menurut laporan di laman web berita Cina, lelaki itu memasukkan kepalanya ke dalam mesin basuh tersebut untuk memeriksa drum pengeringan, kerana dia mengesyaki sesuatu tersangkut di bahagian bawahnya.



Tetapi beliau tidak dapat mengeluarkan kepalanya selepas itu.



Kejadian itu berlaku petang Ahad (29 Mei) lalu di bandar Fuqing di wilayah selatan Fujian.



Rakan serumah lelaki itu cuba beberapa cara untuk melepaskan kepalanya tetapi tidak berjaya.



Unit kecemasan tempatan menghantar sepasukan anggota bomba untuk menyelamatkan beliau, kata laporan itu.



Mereka mengambil masa 40 minit untuk membuka mesin basuh itu, dengan memotong bahagian luar dan kemudian drum pengeringannya.



Lelaki tersebut dilindungi semasa kerja itu bagi mengelakkan percikan api semasa mesin basuh tersebut dipotong.



Beliau, yang namanya tidak disiar, hanya mengalami calar kecil di kepala.



Bulan lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari wilayah Sichuan diselamatkan selepas dia terperangkap ketika memanjat ke dalam sebuah mesin basuh, menurut South China Morning Post.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >