Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan akhir mahkamah Myanmar terhadap Suu Kyi dalam masa terdekat

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



NAYPYIDAW (Myanmar): Mahkamah Myanmar dijangka menyampaikan keputusan terakhir bagi lima kes rasuah melibatkan pemimpin demokrasi negara itu, Cik Aung San Suu Kyi, pada Jumaat ini.



Ini menurut satu sumber yang tahu tentang perkembangan perbicaraan kes-kes melibatkan Cik Suu Kyi, sekaligus mengakhiri prosiding yang memakan masa panjang dan dikecam Barat sebagai "palsu".



Cik Suu Kyi, 77 tahun, sendiri menganggap perbicaraan yang dihadapinya ini sebagai "mengarut".



Beliau telah diberkas apabila pihak tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari tahun lalu yang menamatkan sedekad pemerintahan demokrasi di bawah pimpinannya yang ditunjangi Parti Liga Nasional Untuk Demokrasi (NLD).



Kudeta itu mengakibatkan negara dengan 54.81 juta penduduk, kini huru hara dan pertentangan berdarah antara rakyat dan pihak tentera yang dipimpin Jeneral Min Aung Hlaing.



Mahkamah kini bersedia membuat keputusan selepas mendengar hujah penutup bagi beberapa pertuduhan terakhir Cik Suu Kyi kelmarin.



Cik Suu Kyi yang berdepan lima tuduhan rasuah boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun mahkamah secara amnya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap kesnya.



Pemenang Hadiah Nobel, itu sudah pun didapati bersalah atas 14 pertuduhan dan dihukum penjara untuk sekurang-kurangnya 26 tahun dalam perbicaraan sepanjang 12 bulan lalu - bermula daripada pelanggaran sekatan Covid-19 sehinggalah kepada soal mengimport alat 'walkie-talkie' (alat perhubungan) secara haram, melanggar akta rahsia rasmi dan cuba mempengaruhi suruhanjaya pilihanraya negara.



Kumpulan hak asasi manusia membidas perbicaraan itu.



Majlis Keselamatan PBB menggesa tentera junta membebaskan Cik Suu Kyi dalam resolusi pertamanya mengenai situasi di Myanmar sejak rampasan kuasa berlaku.



Resolusi itu menandakan detik perpaduan relatif majlis berkenaan selepas ahli tetap dan sekutu rapat junta China dan Russia berkecuali dan memilih untuk tidak menggunakan veto berikutan pindaan pada perkataan itu.



Cik Suu Kyi kini dipenjarakan di sebuah pusat tahanan di ibu negara Naypyidaw, berhampiran dengan mahkamah yang menjadi tempat perbicaraannya diadakan. Beliau juga dipisahkan daripada kakitangan rumahnya dan anjing peliharaan, Taichido.



Sejak rampasan kuasa, beliau dilihat hilang dari pandangan, hanya kadang-kala dilihat melalui gambar media kerajaan dari bilik mahkamah yang kosong.



Myanmar kini dilanda kegawatan, dengan beberapa kumpulan pemberontak etnik yang ditubuhkan untuk bertempur dengan tentera di kawasan sempadan, dan ekonomi dalam keadaan kucar-kacir.



Kata penganalisis, berpuluh-puluh 'Pasukan Pertahanan Rakyat' yang sebelum ini mengelak daripada dasar tegas tanpa kekerasan Cik Suu Kyi juga dikesan muncul untuk memerangi junta dan mengejutkan tentera dengan keberkesanannya.



Hampir setiap hari terdapat pembunuhan pegawai junta peringkat rendah atau pejuang antirampasan kuasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >