Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan awal dedah rakyat sokong perlembagaan baru Mesir

Jan 16, 2014 | 04:17 PM



KAHIRAH: Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Mesir awal tadi berkata rakyat negara itu menyokong penuh perlembagaan baru, sekali gus membuka laluan bagi ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, mengumumkan pencalonannya bagi jawatan presiden.


Agensi berita rasmi negara Mena melaporkan perkiraan awal menunjukkan 90 peratus pengundi menyokong perlembagaan baru itu dalam undi yang diadakan sepanjang dua hari sejak Selasa lalu.


Kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan) yang dipimpin Encik Mohamed Mursi telah memboikot undian itu dan dijangka akan mempertikaikan keputusan rasmi itu, melihatnya sebagai sebahagian kudeta terhadap seorang pemimpin yang dipilih secara bebas 18 bulan lalu.


Ia juga menggesa agar bantahan anti pemerintah dianjurkan.


Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dengan penyokong Encik Mohamed Mursi kelmarin, dan bantahan berlanjutan sehingga semalam, dengan satu pertempuran dilaporkan dekat istana presiden.


Namun tiada kematian baru dilaporkan. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >